Cube Try Test Click...

Saturday, October 16, 2010

Ayam Masak Lemak Cili Padi..Yeay

Salam semua..Hari nie saya nak share resepi ayam masak lemak cili padi atau cili api atau cili kampung versi mak saya di kampung. Huhu..banyaknya atau. Setiap orang mungkin mempunyai resepi yang berlainan kalau buat masak lemak cili api..Tapi, saya membesar dengan resepi mak saya yang ini. Sangat senang..malas dengan rajinnya je sebenarnya..yoOo..marila bersama menyinsing baju dan kedapo..yeay..

Ayam Masak Lemak Cili Padi



Bahan2nya :
Ayam (1/3),2 biji kentang, 1 btg serai, 1 biji tomato n sedikit asam keping.
Bahan2 Kisar :
Cili padi(mengikut tahap kepedasan yg anda suka), 3-4 biji bwg merah, 2-3 biji bwg putih, sedikit kunyit hidup n sedikit halia. Kisar halus kesemuanya. Tumbuk lumat pun boleh juga.
Cara2nya :
Masukkan bahan kisar dan kentang yang telah dipotong 4 atau 6 kedalam periuk. Masukkan sedikit air hingga menutupi kentang dan didihkan di atas api. Setelah agak mendidih, masukkan ayam dan serai. Setelah ayam dan kentang agak empuk, masukkan santan, tomato yang dibelah 4, asam keping dan sedikit garam. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah lemak katanya..bila sudah menggelegak..rasalah lemak, masin, masamnya dan segalanya lah..Bila sudah sedap pada rasa anda..maka sedaplah..huhu..bolehla ditutup api dan hidang panas..
Selamat mencuba..yeay..

No comments: