Cube Try Test Click...

Thursday, October 14, 2010

Edisi Mari Memasak..Yeay..

Wah..dah lama rasa tak hapdet blog. Maklumla..sibuk dengan anak2 yang tengah nak membesar ni. Hari ni kita main masak2 ya..hehe. Saya nak kongsi dengan readers resepi2 yang saya belajar dari zaman anak dara sampaila dah jadi wife nie. Resepi2 warisan yang saya kutip sepanjang menjalani hidup nie. Wah..ayat macam nak buat novel cinta plak. Hahaha..layanzzz. Saya bukanla terror sangat memasak..apatah lagi pakar. Zaman anak dara dulu..aduss..pedih telinga dengorkan mak saya dok membebel suruh masak. Tapi, haram saya buat dek jek. Mana boleh larung saya larung je. Tapi saya memang suka memasak..ada jugalah resepi2 mak saya yang saya belajar. Sehinggalah saya jadi wife nie..saya orang pantai timur..hubby pulak orang selatan..so..nak tak nak saya kena belajar memasak dengan MIL. Hubby saya plak jenis kalau tak sedap memang selamba dek dia jek sound..memang makan hati gak la..hehe..Mungkin sebab slalu sangat kena sound tula yang buatkan saya nekad nak masak sedap2..hehe..so hari nie saya nak share resepi yang hubby saya suka makan..lauk gulai katanya. Resepi ni saya belajar dengan MIL saya sebab hubby saya nak yang sama rasa dengan masakan maknya..hehe..bole gitu? So..cikidot..

ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH


Bahan2nya :

Kepala ikan, 5 btg bendi, tomato, daun kesum n serai.

Bahan kisarnya :

Segenggam lada kering, 2 batang lada merah, 3 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, halia n sedikit belacan. Semuanya dikisar sehingga halus.

Cara2nya :

Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Then masukkan air seberapa padan dengan bahan kisar..tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Selepas sedikit mendidih masukkan bendi n serai yang telah diketuk. Biarkan sehingga bendi sedikit lembik. Kemudian masukkan pula kepala ikan n daun kesum. Biarkan sekejap n kemudian masukkan tomato yang telah dipotong 4 bersama sedikit garam. Biarkan sehingga ikan empuk n then rasala..Kalau sedap di tekak anda..maka sedapla. Bole la tutup api n hidangkan panas panas..

Selamat mencuba..

No comments: