Cube Try Test Click...

Monday, November 22, 2010

Jeng Jeng Jeng..

Wah..tajuk tak nak kalah..nak saspen jek manjang..ahahah..takde menda pun nak saspen..just nak share resepi daging masak lemak hari tu..heheh..so..cikidot..;)

Masak Lemak Daging Nangka Muda

Bahan2nya :

1/2 kg daging - saya potong kiub n rebus untuk mendapatkan stok air daging.

1/2 biji nangka muda sederhana besar - potong kiub n rebus sehingga empuk. Petua mak saya, semasa merebus nangka, masukkan sedikit halia.

Bahan Kisar :

6 biji bawang merah, 12 biji cili padi, 4 biji bawang putih n seruas kunyit hidup - kisar @ tumbuk bahan sehingga halus

Bahan Lain:

Santan secukupnya

Stok air daging secukupnya

Garam penambah perasa

Sebiji tomato - dipotong 4

Cara2 Memasak :

Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak. Apabila agak garing masukkan stok air daging dan daging kedalam periuk. Biarkan seketika sehingga sedikit mendidih dan masukkan nangka yang direbus tadi. Kemudian masukkan santan..gaul sentiasa supaya tidak pecah minyak dan masukkan tomato yang dibelah empat tadi. Perasakan bersama garam dan bolehlah dihidangkan. Makan bersama nasi putih panas..aduss..kecur air liur ku..huhuh...selamat mencuba.

Mak saya selalu pesan kalau masak lemak, jangan ditinggalkan masakan tidak dikacau sebab takut pecah minyak..nanti lauknya tak cantik. Heheh..petuanya lagi..kalau terpecah minyak..dan kuahnya tak cantik..masukkan kuah lemaknya tadi kedalam blender..n blender kuah yang pecah lemak tadi..Ia akan mengurangkan ketidak cantikan kuah yang pecah lemak tadi..huhuh..ada ke ayat ketidak cantikan ek..heuhuhue..tak kisah..yang penting maksudnya sampai adanya..;)

Assalammualaikum wbt.

No comments: