Cube Try Test Click...

Friday, November 26, 2010

Kempen Mari Makan Sayur..

Sayur adalah antara menu wajib yang kena ada dalam masakan kat rumah saya..Walaupun hubbyku memang tak berapa makan sayur kecuali sayur kailan sahaja, tapi hari2 mesti kena masak sayur sebab mia adalah pemakan sayur tegar..hiks. Kalau takde sayur, dia tak nak makan nasi..last2 dia makan nasi dengan kicap sahaja. Mogok la tu kononnya..hehe..mia mungkin mengikut jejak langkah saya suka makan sayur n buah2an..tapi saya tidaklah setegar mia kecuali ulam ulaman kampung..itu saya memang suka. Dekat kampung saya, ada seorang atuk tua yang sehingga umur lanjutnya sangat suka makan ulam ulaman dan sayuran hijau..tapi memang nampak hasilnya..matanya masih terang membaca..kulitnya masih cantik tak terlalu berkedut seperti orang yang seusianya..bila tanya dia..apa rahsianya..nanti dia akan cakap..makan banyak ulaman, sayuran hijau n banyak lagila petuanya untuk awet muda..jadik..makanya..marilah kita banyakkan makan sayuran hijau untuk awet muda..huhu.
Hari ni nak share resepi kacang buncis yang simple..di masak bersama isi ayam..Kalau kat umah saya di kampung, masakan ni selalu dimasak masa ada kenduri kecil2 .. macam doa selamat ke..cukur jambul ke..tapi diaorang campur dengan hati dan mempedal ayam..tapi rumah saya kt sini memang tak makan organ dalaman, jadinya saya campur dengan isi ayam..pun sedap..yang penting berkhasiat juga..silalah mencuba...

Kacang Buncis Goreng Bersama Isi Ayam

Bahan2:

7-8 batang kacang buncis - dipotong serong - Isi ayam - dipotong dadu
Sos tomato secukupnya
Kicap secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menggoreng ayam
Sedikit gula
Sedikit garam
Selabu bawang besar dan sebiji lada merah - dimayang

Cara Memasak :

Panaskan minyak n goreng sekejap ayam yang dicampur dengan sedikit garam. Masukkan kacang buncis. Biarkan seketika. Kemudian masukkan sos tomato, kicap dan sedikit air. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Last sekali masukkan bawang n lada merah yang di mayang..setelah kacang buncis empuk..maka tutupkan api dan bolehlah dihidang..:)

No comments: