Cube Try Test Click...

Friday, November 5, 2010

Masak Lemak Udang Kacang Panjang

Hari ni nak share resepi masak lemak udang bersama kacang panjang. Ini pun resepi my MIL..tokok tambah sikit2 sendiri buat..hehe

Masak Lemak Udang Kacang Panjang


Bahan-Bahan :

1/2 kg udang sederhana besar
5-6 batang kacang panjang - dipotong pendek2
Sehelai daun kunyit - diracik-racik
Sebatang serai - diketuk
Sekeping asam keping @ sebiji tomato dibelah empat

Bahan Kisar @ Tumbuk :

4-5 batang lada merah (saya menggunakan sepenuhnya lada merah..boleh campur dengan cili padi jika mahu sedikit pedas)
1 biji bawang besar @ 2-3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
* Semua bahan dikisar @ ditumbuk sehingga lumat

Cara2nya :

Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama sedikit air. Didihkan bersama kacang panjang yang dipotong2 pendek. Selepas kacang sedikit empuk..masukkan udang, daun kunyit dan serai yang diketuk.

Selepas agak menggelegak masukkan santan dan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak. Kemudian masukkan asam keping atau tomato yang dibelah empat..perasakan bersama sedikit garam dan rasa. Apabila udang sudah masak dan masakan sudah sebati bersama bolehla di angkat.

Selamat mencuba...

No comments: