Cube Try Test Click...

Saturday, November 20, 2010

My Peberet Sepanjang Zaman

First off all saya nak wish Selamat Hari Raya Qurban. Tahun nie saya raya rumah MIL saja..tak balik kampung..uhuk uhuk. Hehe..so..hari nie saya nak share makan kegemaran sepanjang zaman. Almaklumla..bila tiba taim musim qurban..esbok memang penuh dengan daging. Lagi2 masa kat kampung dulu..wah..meriah sungguh dengan pemberian daging qurban. Masa kecik2 dulu mak saya selalu buatkan makanan kegemaran saya nie..Daging Goreng Kunyit. Sangat besh kalau ratah2 depan tv..hehe..daging goreng yang mak saya buat sangat empuk dan tak liat..aduss..rindu masakan emak ku..goreng daging ni sangat senang nak buat..buat darjah enam pun bole buat..:)

DAGING GORENG KUNYIT

Daging dipotong dadu @ potong serong..terpulang kepada anda. Lumurkan daging dengan serbuk kunyit dan garam. Masukkan kedalam kuali bersama secawan air @ menutupi daging. Biarkan sehingga air kering..proses ni mak saya panggil sebagai mati air..heh heh..Then masukkan minyak masak. Goreng seperti biasa kemudian masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan lada merah yang dipotong serong..Sedia dihidang. Senang kan..semudah A B C..hehe

Selamat Mencuba

No comments: