Cube Try Test Click...

Sunday, November 28, 2010

Satu Telur Untuk Ngko..Satu Telur Untuk Aku..

Assalamualaikum wbt my readers..

Selamat berhujung minggu semua..heheh..title entry cam cite Allahyarham P.Ramlee plak ek..satu untuk ko..satu untuk aku..dua untuk ko..dua untuk aku..heheh.. diaowang bagi reta..saya bagi telur..hiks.

Tengahari tadi pegi wedding..jadi tak masak la..petang aja baru masak..tak tau nak masak apa..yang penting cepat n simple..ternampak plak telur..lama tak makan telur..jadiknya buatla kari telur yang simple..mak kat kampung slalu masak..n saya sangat suka..kuahnya nanti bleh makan ngan jemput2 @ cekodok bilis..heheh..saya kongsi resepi kat sini..simple je..korang buat kari mesti lagi da bomb..:)..Selamat mencuba..


Kari Telur

Bahan2nya :

  • 4 biji telur semestinya - rebus n kupas kulitnya
  • Setengah kotak santan - saya guna santan kotak..guna santan diperah lagi besh..pure..
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4-5 kuntum bunga lawang
  • 4-5 biji buah pelaga
  • Beberapa helai daun kari - saya tak letak sebab takde kat umah..
  • Rempah kari - saya guna 1/2 mangkuk kecil..
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan Kisar :
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seruas halia

Cara2nya :

Panaskan minyak dalam periuk n tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga n bunga lawang. Campurkan rempah kari, bahan kisar dan cili kisar dengan sedikit air didalam mangkuk..gaul rata dan tumiskan sehingga pecah minyak. Biarkan seketika dan kemudian masukkan secawan air dan biar hingga sedikit mendidih..masukkan santan dan kacau sentiasa supaya tidak pecah minyak. Masukkan telur n perasakan dgn garam..masakla anggaran 10-15 minit..Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak.. Kemudian siapla kari telur anda yg simple..:))


Selamat mencuba n Assalammualaikum wbt..



No comments: