Cube Try Test Click...

Friday, December 3, 2010

Kenapa orang lain bole berjaya..tapi ko tidak..?

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..
Lately saya selalu borak2 dengan old fwens ttg kehidupan..ttg kejayaan..tentang semuanyalah..sesi mengenang kisah2 lama..kisah zaman sekolah..zaman gonjeng..zaman pakai kain senteng..zaman makan maggie tak masak..tapi sekarang semua dah berubah, bawa haluan masing2. One of my fwen ni dah jadi orang berjaya..bagi saya sangat berjaya..sangat berjaya sbb dia bermula dari bawah..bermula daripada dimana dia tak ada apa2..from nobody to somebody..
Saya tak nafikan bagaimana dia boleh berjaya dengan cepat di usia yang masih muda sebab dia mempunyai ciri2 orang yang berjaya..dia selalu bersikap optimis..sentiasa berfikiran positif..bercakap dengan diapun..membuatkan semangat kita berkobar2..dia mempunyai keazaman yang tinggi..dia tahu arah tuju hidup dia..dia tau apa yang dia mahu..dia mempunyai passion yang sangat kuat untuk berjaya..
Dia selalu berpesan pada saya supaya jgn jadi budak 'kalau'..saya tanya dia 'budak kalau' tu apa..? 'budak kalau' tu orng slalu berkalau kalau dalam kehidupan dia..hahaha..macam mana nak berjaya kalau asyik berkalau kalau je..'kalau aku byk duit nanti..aku nak buat ini..nak buat itu..' itu kalau..kalau kaya..kalau tak kaya..jgn asyik berkalau..teruskan pada usaha..kita asyik 'kalau itu..kalau ini..kalau begitu..kalau begini..tapi tak kemana jugak..orang lain jugak yang kedepan..perkataan KALAU tu cuma akan membantutkan rasa keinginan kita pada sesuatu..pada peluang suatu kejayaan..
Saya tak nafikan kadang2 saya ada penyakit kalau nie..'katakan aku bukak restoran..macamana KALAU nnt orang takde datang makan..mcmana KALAU ada keracunan makanan ke..ah..tak jadilah..'..satu peluang tertutup disebabkan ada penyakit KALAU..'apa kata aku mengusahakan ladang ternakan lembu ke..kambing ke..tapi..macamana nanti KALAU lembu2 aku mati terkena jangkitan ke..macamana KALAU nanti orang dengki dengan aku..buat khianat kat aku..' lagi peluang tertutup kerana penyakit KALAU..perkara belum bermula..sudah fikir KALAU itu...KALAU ini..
Bukan senang mahu senang..bukan susah juga mahu susah..semuanya bergantung pada kita..hidup kita..diri kita..kita yang mencoraknya..saya sendiri..masih sangat jauh dari kejayaan yang benar2 boleh dipanggil kejayaan..tp saya masih berusaha dan akan terus berusaha..apa yang lebih utama..saya mahu lebih berjaya dalam membina keluarga bahagia dan sejahtera..Dunia dan Akhirat..
Haiya "alah falah ... Marilah Menuju Kejayaan..
Opss..jangan jadi BUDAK KALAU..:)


2 comments:

sekamar rindu said...

salam...

kejayaan tidak ada jalan singkat,keggigihan, ketabahan, kesabaran dan yang paling penting, sentiasa berusaha dan jangan terlalu takut akan kegagalan...

Mommy 2 Imans said...

sekamar rindu - saya sangat bersetuju..tiada jalan singkat untuk berjaya..