Cube Try Test Click...

Saturday, December 4, 2010

Takut Cepat Kedut Ekk..?

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers...

Apsal title entry saya mcam tu ek? Oke..nanti saya cite..oh...sebelum terlupa..selamat hari sabtu semua..sabtu saya macam besa je..apalagi lagi xtvt bole buat selain jalan2 cari pasal ngan family..tadi petang pegi Angsana..ada Johor International Bike Fest..kesukaan en. hubby..bermotor besar idaman kalbu..bilakah bole dapat satu? pantun dua kerat tu..hehs..banyak jugak la bikers2 yang turun..en.hubby mesti sentiasa gigil aje tengok motor besar nie..diam2 dok simpan wet nak beli satu..bolela saya ngendeng..heh heh..

Lepas dah ronda2 tgk motor2 besa segala..sesi seterusnya adalah masuk Angsana..atas permintaan Mia yang dah stat buat muka ketat dok merengek nak masuk dalam..agenda nak mengempiskan poket babah yang belum nak kembung lagi tu..Okela..layanzz kan aja..kalau tak sampai kemalam rajuk tak berkesudahan..Masa kat dalam Angsana tu kan ramai orang..saya tolak Adam dalam stroller..kat depan tu ada la dua tiga kerat aweks aweks yang dok perasan vogue yang tak vogue mana dok borak2 tak hengat..yang jadi hanginnya adalah borak tengah2 jalan orang nak lalu..macam takde tmpt lain..oke..tak kisahla kan..lantak korang la..so..saya dengan sopan dan bermanis muka..cakap 'excuse me..tumpang lalu ckit..' .. tapi diaowang buat dek..oke takpe..saya cakap skali lagi..kali nie diowang beredar ckit tapi dengan buat mimik muka nak mintak lempang..bole tak? Maunya tak hangin saya..Bukannya ko nak cakap 'sorry ke..nak senyum sikit ke hape..buat muka lagi ada..kenapa?? takut kalau senyum..kalau bermanis muka kang cepat plak kedut..wtf..haa..kan dah kasar tu..

Itulah masalahnya dengan budak2 zaman sekarang..susah sangat ke nak bermanis muka..perit sangat ke kalau nak senyum..lagi2 nak ucap terima kasih..walaupun saling tak mengenali..apa salahnya kita bermanis muka..beri senyuman ikhlas..tak ada salahnya..bahkan mengeratkan silaturahim sesama manusia..jaga hubungan sesama manusia..Saya ada sorang kawan yang sangat sangat disenangi semua orang yang mengenali dia..sebab apa??..sebab dia sentiasa tersenyum..sentiasa bermanis muka..bibir sentiasa menuturkan terima kasih..walaupun kebanyakan orang mengkategorikan dia bukanlah dikalangan yang berpewatakan menarik..tp bagi saya sama saja..semua manusia dilahirkan sama..disebabkan sifat2 baik yang ada dalam diri dia tu membuatkan dia nampak menarik dan menonjol..

Didiklah anak2 kita dengan perkara2 yg simple nie tapi sangat susah orang nak buat..ajar anak agar sentiasa ucapkan terima kasih..sentiasa bermanis muka..sentiasa tersenyum dengan ikhlas..

Makanya kalau jadi manusia tu sentiasalah menunduk ke bumi..menginsafi diri..bukan mendongak ke langit menyombong diri..



Oke..mari meredakan kemarahan dengan bergambar bersama motor idaman babahnya mia...

3 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

anak2 cukup suka kalau nengok moto2 besar lali di highway..

Mommy 2 Imans said...

sama la dgn my kids..pantang nampak motor besar lalu..mesti excited gile..:)

rieyana ynn said...

singah sini jap...ahaks.../jom juin contest yana...;d