Cube Try Test Click...

Saturday, January 29, 2011

Perasaan Itu Bercampur Baur..Bersatu Menjadi Beku..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..


Kan.

Saya dah kata. Badi tolong ingatkan aku belum betul2 sembuh. Tak paham? Takpe..abaikan.

Sekarang perasaan sangat sedih + sebak + syahdu + pilu + segala perasaan yang bersamaan. Bersatu menjadi beku disitu. Di hati.

Saya sangat tersentuh hati dengan cara pemergian adik Noraini Syazwani Abdullah. Tidak dapat dibayangkan juga bagaimana perasaan seorang ibu yang kehilangan anak sendiri kerana tragedi sebegitu. Ketidaksengajaan yang berlaku mengakibatkan dia kehilangan anak yang 3 hari bertarung dengan nyawa sendiri.

Pengajaran dan peringatan untuk saya sendiri dan ibu2 yang lain. Perlu lebih berhati2 melakukan kerja2 rumahtangga agar tiada perkara yang kita tidak ingini berlaku. Salam takziah juga dari saya untuk ibu itu.

Entry ini sepatutnya saya nak tulis semalam. Tapi disebabkan kesibukan saya yang melampau sebagai seorang surirumahtangga yang bertungkus lumus menguruskan segala keperluan keluarga..tidak sempat untuk mencari sedikit ruang untuk berblogging. Oke..sedikit keterlaluan disitu.



Anak2 ABU yang suka menerpa ketika saya sedikit kesibukan berfacebooking..berblogging dan segala macam ing lagi. Hmm..istilah tepatnya ialah kacau daun.


Oke..thank you.






2 comments:

umialya said...

Moga keluarga kita sentiasa dilindungiNya. Amin

Mommy 2 Imans said...

umi - InsyaAllah..:)