Cube Try Test Click...

Tuesday, March 29, 2011

Saya Dah Lama Tak...

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers...

Walaupun diberi masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu @ 28 hari sebulan @ 30 hari sebulan @ juga 31 hari sebulan..kadang2 kita masih tak punya waktu untuk melakukan perkara2 yang kita suka buat..perkara yang kita ingin buat. Saya juga, banyak sangat perkara2 yang dah lama saya tak buat..Tapi, saya ingin sekali buat..

Saya dah lama tak..

Pergi pantai. Rasa macam dah lama gila. Last pergi masa ikut hubby out station kat Melaka. Itupun tengok dari kejauhan pun. Tak merasa pun nak cecah2 air laut. Tak merasa pun nak 'kau lari aku mengejar' kat tepi pantai. Nak feeling2 berbuai buai kat pokok kelapa di tepian pantai Maldives lagi la tak merasa. Aduhai..

Saya dah lama tak..


Shopping2 sampai pitam macam katie holmes. Window shopping pun dah lama tak buat. Jengah2 ikut tingkap kaca pun sekali sekala aja. Skang pun tengah musim SALE. Semangat untuk menyoping
kan diri membuak buak. Cuma ongkosnya saja yang belum membuak buak. Kah Kah Kah


Saya dah lama tak...

Blogwalking. Ini pun dah jarang buat. Sekali sekala saja. Kadang2 saya memang sangat2 ketandusan masa nak berblogwalking. Hajat di hati memang nak blogwalking jugak dekat blog kawan2, cuma keadaan belum betul2 mengizinkan duduk diam diam berblogwalking dengan amannya. Masih mencari ruang untuk berblogwalking. Ya..Masih.


Saya dah lama tak...


Menabung. Saya suka menabung. Kalau dulu pantang nampak duit syiling, memang laju je letak dalam tabung. Dekat rumah, tabung ada macam macam rupa bentuk. Lagi2 semenjak bini popeye memang suka benda benda macam nie. Dia bukan suka menabung. Dia suka bentuk tabung. He he he


Dan Yang Paling Lama..Jeng Jeng Jeng..


Makan colek pelam jambu air. Yang ini saya rasa dah bertahun saya tak buat. Dulu masa zaman pakai kain biru muda, kalau tiba musim jambu ni, memang galak kami makan. Sambil bergossip sambil makan. Makan pulak dengan kicap+gula+cili padi+belacan. Pergh..memang heaven.

Oke bai. Thank You.

*Pics ehsan Mr Google*

1 comment:

nurie said...

alalalaa....tu la pengorbanan bila jd ibu..apa2 hal pun, keperluan anak diutamakan..kehendak sdiri tolak tepi....tp kena usaha car satu ruang utk diri sdiri gak...:)