Cube Try Test Click...

Monday, April 11, 2011

Bagai Ketam Mengejar Anaknya Berjalan Betul..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Oke. Saya bukan nak cerita pasal ketam yang ajar anaknya berjalan betul. Bukan bukan bukan. Biarlah ketam terjun dengan labu labunya. Tapi entry kali ni adalah juga berkenaan dengan ketam.

Semalam encik asben pergi pasar beli ketam. Permintaan si bini popeye. Tak tahu nak buat apa dengan ketam nie. Masak lemak bini popeye tak makan. Jadi akhirnya goreng pedas yang tak berapa pedas ajalah sebab bini popeye nak cicah dengan roti.

 
Ketam Sambal

Saya masak ketam sambal nie simple saja. Tak banyak bahan pun. Bahan2 yang asas saja. Simple dan cepat dan yang penting sedap *perasan* ha ha ha. Sesuai untuk orang2 yang nak cepat aje kejenya macam saya yOoo.

Bahan Bahan :

Ketam semestinya.
Saya masak 5 ekor ketam yang sederhana besar.
Saya belah dua, garam kunyitkan dan goreng.

Sebiji telur

Bahan Kisar :

Satu mangkuk kecil lada kering
5-6 biji bawang merah
4-5 biji bawang putih
Sedikit halia

Cara caranya :

Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan sedikit gula dan sedikit garam. Saya masukkan sedikit air sebab saya nak lebih kuah. Buat cicah cicah. Mabeless. Then masukkan ketam yang dah digoreng. Kaup balik kaup balik kan. Kemudian buatkan bulatan di tengah, masukkan sebiji telur. Kaup balikkan supaya sebati bersama telur dan sambal.  Kemudian rasa. Kalau dah oke. Tutup api dan angkat.

Selamat mencuba.

Oke bai. Thank you



No comments: