Cube Try Test Click...

Monday, April 25, 2011

Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu Labunya

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Macam biasa. Hari ni encik asben out station lagi. Jadi masa untuk memasak ikut sedap tekak pun bermula. Hari Sabtu lepas pergi pasar tani, geram pulak tengok labu segar bugar. Kalau masak lomak ikan masin pun sedap nie, bisik hatiku..*ecewah*. Encik asben tak makan labu. Jadi nak masak makanan yang dia tak makan hanyalah ketika dia tiada. Boleh sesuka hati masak ikut sedap tekak. Dah lama sangat tak makan lemak labu. Dolu dolu masa kat kampung mak selalu buat, letak lada hitam lebih lebih. Pergh..terbaek. Jadi hari nie nak masak ikut resepi mak, tapi yang pasti takde sama sedap dengan mak. Hampir hampir sedap mungkin ya. Kui kui kui.


Lemak Labu Ikan Masin


Bahan Bahan :

1/2 biji labu sederhana besar - potong dadu
Ikan masin - potong dadu
Satu cawan santan - saya guna santan kotak sebab takde santan fresh
Daun kunyit - racik racik

Bahan Tumbuk :

 4-5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Segenggam ikan bilis
Satu sudu kecil lada hitam

Cara penyediaan :

Masukkan kesemua bahan kecuali santan dan dua cawan air kedalam periuk. Letakkan di atas api dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan. Kacau sentiasa supaya tidak pecah minyak. Masukkan sedikit garam dan rasa. Biarkan seketika dan bolehla tutup api. Dah siap.

Makan dengan nasi panas , ulaman n sambal belacan. Pergh. Terangkatt. Hehehe

Oke bai. Thank You

No comments: