Cube Try Test Click...

Tuesday, April 19, 2011

Bila Ada 'M' Besar Atas Kepala

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Lama betul tak update belog. Walaupun hari hari dok online, kadang kadang tak kira masa jugak, tapi mood nak menghapdet belog agak kurang. Dua tiga jam dok mengetuk kebod mencari idea nak menceceh kat belog pun tak berhasil. Last last end up dok melanguk dekat mukabuku tengok status update memember. Memang tak ada kerja. 

Lagipun kebelakangan ni tak ada story nak dikongsi. Encik asben sibuk pergi outstation n kitaorang tak berapa keluar untuk riadah. Jujurnya kalau encik asben tak ada, saya memang macam patah kaki. Memang memerap dekat rumah saja dengan da kids.  Saya memang tak pernah keluar dengan budak berdua nie anak beranak. Sebab saya memang tak boleh handle sorang-sorang. Kalau kakak dia still boleh cakap lagi n dia faham, tapi kalau si adik, memang tak boleh nak control. Dia memang tak boleh duduk diam. Kalau setakat pergi makan sekejap, masih boleh la, but kalau nak bawak pergi window shopping ke hape. Memang jangan harap, kena tunggu si adik besar sikit.

Hari ni pun encik asben baru pergi out station lagi, after 3 days baru balik. Next week pun pergi lagi. Takde masa nak pergi jalan-jalan buang karan. Tapi ada bagusnya, bila tak keluar, duit pun tak berusik langsung. Ha ha ha. Ada baiknya disitu. Bersempena encik asben tak ada, penyakit malas pun datang. Paling malas adalah masak. He he he. Selalunya encik asben ada memang selalu masak yang heavy sikit. Jadi bila encik asben tak ada, masak pun ala kadar saja sebab saya memang makan pun asal boleh. Makan telor mata ngan kicap pun dah selera benor. Cuma kena masakkan sayur untuk bini popeye, itu tak boleh tinggal. 

Jadi inilah hasil nya bila penyakit malas datang. Sup tulang yang simple.


 
 Sup Tulang

Bahan2 :
Setengah kg tulang
3 biji kentang - belah empat
Sup bunjut tulang
Rempah empat sekawan
Sedikit rempah sup

Bahan tumbuk :
3 biji bawang merah
3 biji putih
1/2 inci halia

Cara caranya :
Rebus tulang sehingga empuk. Diperiuk yang lain tumiskan bahan tumbuk bersama rempah empat sekawan sehingga naik bau. Kemudian masukkan kedalam rebusan tulang tadi bersama sama dengan kentang, sup bunjut dan rempah sup. Rebus lagi sehingga kentang empuk. Perisakan dengan sedikit garam. Mengikut kesesuain masing masing. Siap.

Oke bai. Thank  You.

4 comments:

nUR_rOsALiNdA said...

consider rajin jugak la tu..Kalau kita lagi la yang ado

blogtilldrop said...

pic sup tu nampak sodap!!!

Rania Raffel said...

masak utk lunch today sebab tak tahan terliur tgk gambo sup tulang nih!

Mommy 2 Imans said...

nur - nie menu tgh malas..sebab rebus tinggal je..hehe
blog - nampak je sodap tu..hehe
rania - hehe..pekena sup panas cicah roti pun sodap..:)