Cube Try Test Click...

Friday, April 29, 2011

Jumaat Yang Indah

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

"Ya Allah Ya Tuhanku..
Di hari Jumaat yang indah ini..
Jauhkan lah aku dari segala penyakit hati"

Amin

Oke, sekarang mari main masak masak. Hari tu ada beli tempoyak kat pasor sebab nak masak ikan patin, tapinya takde ikan patin yang menarik hati. Jadinya masa pergi pasar tani hari tu beli pucuk ubi. Tekak rasa nak makan masak tempoyak pucuk ubi pulak. Tekak ni mengada ngada betul, macam macam nak makan. Hu hu hu. Mentang mentang ah musim doyan dah mai, semua nya nak kasi letak doyan. Layankan aja.

Lemak Tempoyak Pucuk Ubi
Bahan Bahannya :

Secekak pucuk ubi - hiris halus dan celur sehingga lembut. Toskan.
2 sudu makan tempoyak
Santan - saya guna santan kotak. Tak sampai setengah kotak pun guna.
5-6 helai daun kunyit - hiris halus
Setengah genggam bilis
Sedikit garam dan gula

Bahan Tumbuk :

9-10 cili padi - saya guna cili padi kampung. Pedas memang superb.
Kunyit sebesar ibu jari
Sesudu besar bilis - rendam air panas before tumbuk, cepat lumat.


Kaedah Penyediaan :

Masukkan bahan tumbuk dan air kedalam periuk. Masukkan pucuk ubi yang dicelur, tempoyak,  ikan bilis yang tidak ditumbuk dan hirisan daun kunyit. Biarkan sedikit mendidih. Kemudian masukkan santan, sedikit gula dan garam. Sesuaikan mengikut rasa. Siap. 


Simple saja resepi dan cara menyediakan. Kalau kat kampung, boleh letak macam2 daun sebab senang dapat. Cari saja keliling rumah. Lagi satu besh kalau daun daun nie masak budu. Wah..ada daun kaduk segala. Rindunya nak makan masakan mak semua. 

Kalau dulu before kahwin kat kampung, nak makan segala tok nenek mak yang masakkan. Masakan kampung yang superb. Bahan bahan mentah cari sekeliling rumah ja. Segala jenis macam daun, ulaman..betik muda, masak nangka..semua ada kat rumah. Labu, keladi..wah wah..terliur pulak. Asam keladi kesukaan ku. Lepas dah kahwin n dok jauh ngan mak, memang jarang dapat makan semua tu. 

Sekarang ni kalau nak makan masakan tu semua, bahan semua cari kat pasor. Masak pun kena sikit je sebab encik asben tak reti makan. Makan sorang sorang tak besh pulak. Balik kampung je la yang dapat makan tu semua, berkumpul ngan family. Makan pun tambah selera. Ni yang tak sabor nak balik kampung. ye yay..


Oke bai. Thank You

No comments: