Cube Try Test Click...

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Ibu Dan Anak Yang Duka Nestapa.

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Hari ini nak cerita kisah benar. Kisah yang benar benar belaka. Tiada yang benar melainkan benar benar belaka. Bila sebut benar tu banyak banyak kali rasa pelik pulak. Oke dah. Abaikan.

Last weken macam biasalah, nama pun weken. Weken adalah hari liburan bersama keluarga terchenta. Ecewah. Jadi macam biasalah tempat kesukaan da kids ke toys R us. Tak beli menan pun tak apa, asalkan dapat buat lawatan rasmi.Macam YB melawat kawasan. Kepuasan melawat tu yang penting. Oh yeah.

Bebudak nie kalau kesitu buat macam rumah sendiri. Macam tempat itu babah mereka dan keluarga mereka yang punya. Main menan tinggal..main menan tinggal. Macam kat rumah sendiri. Macam orang tak penah kesitu, padahal tiap2 minggu nie melawat kawasan. Tapi, kalau melawat kawasan, kenalah buat macam rumah sendiri. Barulah mesra alam. Tak gitu ? Masa pegi hari Sabtu, bebudak ngan mak pak budak memang ramai. Termasuk la bebudak nie ngan mak pak dia. Bapaknya kalau kesitu, sama naik tengok menan dia. Toys collector la katakan. Katanya. Jadi, terpaksa la maknya yang dok melilau lilau mata nengokkan bebudak nie lari ke hulu ke hilir.

Bila dah puas melawat kawasan, tiba masa nak pilih menan pulak. Dalam sibuk2 carikan menan bini popeye, tup2 si bujang teruna nie hilang dari pandangan. Aduh..memang cuak gila. Gelabah usah nak kata la. Si Adam kalau dah lepas, memang macam lipas kudung. Memang tak sangka dia boleh hilang dari pandangan sebab seminit aja toleh tmpt lain. Budak ni pula mmg jenis tak boleh dipegang. Ada je akal dia.

Encik asben dah bising2 cari keliling. Mama mmg dah tak malu lagi dah terjerit jerit nama Adam dalam Toys R Us. Ada 2 3 parents yg dok tengok2 kan. Masa tu la segala perasaan bercampur baur..macam2 dalam kepala dok fikir. Perkara2 buruk semua plak tu yg fikir. Rasa lemah longlai. Baru lah tau macam mana perasaan parents yang hilang anak.

Tiba tiba teringat yang kalau kesitu, Adam memang suka beli eskem. Terus tuju kesitu. Ya Allah, leganya Tuhan aja yang tau bila nampak Adam kat tempat eskem tu. Dok terpanjat panjat nak amik eskem. Aduh. Memang lega betul rasanya. Serik betul nak lepaskan Adam. Nak bawak budak2 yang tengah aktif macam nie memang kena sentiasa alert. Peringatan untuk diri sendiri. Kalau bini popeye memang dah ajar dia. Kalau hilang @ sesat dalam mall, kalau dekat kaunter pertanyaan terus gie kaunter. Dah ajar dia pegi mana mana. Dah ajar dia kena buat apa. But kalau besar Adam nie, dia ikut sedap dia. Apa yang dia tau.. Hmm. Pengalaman betul.


Wajah wajah kesayangan hamba.


Oke bai. Thank You






4 comments:

Amiizaa2001 said...

ya ampnn..nasib adam ada kat tempat peberet dia...bahaya....

Mommy 2 Imans said...

miiza - itulah..Ya Allah. memang gelabah betul.cuak.takut.menggeletar badan..pengajaran betul.

nurie said...

exp anak ilang...aku dh ada 2 or 3 kejadian....sgt menyeramkan..cuak giler la...

Lisa Andini said...

Agen SBOBET - Agen JUDI - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen 988Bet
Agen Sbobet
Agen Judi Online
Agen Judi
Bandar Judi
Agen Bola Bonus
Bandar Asia77
Agen Poker
Agen Asia8
Agen 1sCasino
Agen Casino
Agen Bola IBCBET
Agen Bola Sbobet
Prediksi Bola