Cube Try Test Click...

Monday, April 4, 2011

Masih Meremang Bulu Roma Ku..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Wah..lama gila tak berblogging. Sesungguhnya saya bukanlah seorang blogger tegar akhir2 ini. Sejak akhir2 ini cuma tegar membaca blog pemblogger lain. Tersangatlah tegarnya, sampai tak ada masa nak update belog sendiri. Heh.

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan April. Kejap aja masa berlalu. Kejap nanti pejam celik pejam celik, sudah hujung minggu. Macam mana hujung minggu kamu kamu? Hujung minggu saya biasa2 saja minggu ni. Lebih2 lagi emak saudara encik asben meninggal dunia sabtu lepas. Masih meremang bulu roma saya melihat proses memandikan jenazah. Terasa diri betul2 kerdil di sisi Allah. Keinsafan senyap2 menyusup dalam hati. Jenazah  selamat dikebumikan tengahari semalam. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin.

*********************

Wah..wah wah..ini nak cerita pasal ABP pulak. Walaupun terpaksa bertarung habis habisan bersama bini popeye nak dapatkan remote..heh heh heh..ku gagahi jua kerana si Zizan. Hu Ha Hu Ha. Memang sangat dinantikan zizan jadi pengacara sebab tau akan terkeluar segala isi perut dek kerana lawak2 zizan yang selamba. Apatah lagi bersama mummy2 hot berdua tu. Memang mantoopp!!!

Sedikit kuciwa juga sebab cik pasrah kita menang dan bukannya darling media yang sangat2 bak princess itu menang kategori drama. Tapi dah rezeki dia kan. Terima sajalah dengan hati lapang. Ko nak kuciwa bagai ko dapat apa. Hati kecik berbisik. Hu Ha Hu Ha. Tak dapek apo pun kan. Oke. Senyap sudah.

Tapi. Ya..Tapi yang paling bikin buat bulu romaku tidak berhenti meremang ialah oleh si jejaka malaya ini. Aduhaii..


Jejaka Idaman Malaya | Image Google


Lelaki ini memang tidak pernah menghampakan. Memang terbaekkk dari ladang koko pakcik Nong betul la..meremang2 bulu roma dengau dia nyanyi. Lagi2 dengan lagu sedetik lebih tu. Memang kena betul la.

Tapi. Ya..ada tapi lagi. Sekarang saya sudah terlebey minat pada orang lain pula. Oh My Oh My..Lelaki ini pun bisa menggeletek segala isi perut untuk bergelak ketawa. Ce cite Ce Cita sapa dia..

Jeng Jeng Jeng..

Usop Wilcha | Image Google


Kita bako aja..bako aja..he he he

Semenjak tengok dia dalam Kak Limah tu, terus terminat. Inipun terbaek dari Ladang Koko Encik Nong. Ha Ha Ha. Lagi2 malam tadi enterprem dengan si Johan. Meletup Mantopp BaboKebabomm. Sampai sakit usus ketawa..

Oke bai. Thank You


No comments: