Cube Try Test Click...

Thursday, April 28, 2011

Oh Kome..Doyan Dah Berbunga..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Tadi petang bawa bini popeye pergi betulkan fillings. Yang sebelah kanan tuh dok terbukak sebab dia mainkan dengan lidah. Jadinya gigi still sakit kalau makan. Tadi pun still fobia gak jumpa dentist. Nak tak nak memang kena buat gak, kalau tak dia asyik merengek jek manjang. Poning kepala mamanya. 

Bila kena paksa macam tu, demand dia lebih la. Nak makan durian la, makan itu la, makan inilah. Sebabnya dia tau cakap je nak apa mesti dapat. Tak nak pulak dia cakap nak bekhen. Muhahaha. Yang durian tu mama dia yang lebey sebenarnya. Bila dah ada durian tu, mulalah tekak mengada ngada plak nak makan serawa, padahal baru je makan MIL kasi. Doyan oh Doyan

Serawa Durian

Bahan :

Sebiji durian sederhana besar
2 biji telur- pukul sedikit
2 sudu besar tepung gandum - bancuh bersama sedikit air
2 senduk kecil gula - ikut rasa masing masing
2 helai daun pandan
1/2 kotak santan - takde santan fresh, santan kotak pun jadi..hehe
2 cawan air - ini pun ikut suka masing2, kalau suka cair, lebihkan air, kalau tak suka, kurangkan air.

Kaedah penyediaan :

Masukkan semua bahan bahan kedalam kuali. Masak sehingga kuah pekat. Makan ngan roti pon sodap.

Resepi MIL. Dah dua kali buat, tapi still tanya MIL gak. Heheh.

No comments: