Cube Try Test Click...

Friday, April 22, 2011

Tiada Kata..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Buah Hati Pengarang Jantung

Semalam bawa bini popeye  pergi dentist buat fillings. Dua batang gigi dah berlobang. Bila nak tidur je dia start la merengek sakit gigi walaupun dah berus gigi. Before this kalau dia meraung sakit gigi tu, kami letak sensitive colgate toothpaste tu kat gigi yang berlubang tu. Mujarab lah jugak untuk hilangkan sakit sementara. Pernah nak bawak dia pergi dentist before this, tapi semua tak jalan. Awal awal lagi dah mengamuk tak nak pergi. Meronta ronta siap. Drama queen betul.

Tapi semalam dah sampai kemuncak. Babah dia cakap mesti kena bawak jugak pergi dentist. Sampai bila nak biarkan. So semalam kami kelentong dia nak pergi ambil ubat babah, dia pun oke je.Suka hati lalalala. Sampai masa babah nak register dia dah start cam syak syak gitu. Tapi ok lagi lah. Masa tu pulak clinic tak ada orang. We all je yang ada. Jadi lepas register terus panggil masuk bilik. Haa..masa ni dia dah cuak. Babah dia dukung bawak masuk, bila masuk je dia dah start meraung. Tipah tertipuu rupanyaaa...Hehe. Kesian bini popeye, sampai habis process menangis. Bila dah siap, keluar dari bilik, barulah senyum sikit. 

Sekarang dah oke. Kalau dulu nak suruh berus gigi kena berpaksa. Sekarang dah sendiri dengan rela. Sikit sikit nak gosok gigi. Fobia nak pergi dentist katanya. He he he


Oke bai. Thank  You

No comments: