Cube Try Test Click...

Thursday, April 21, 2011

Tiada Yang Sempurna

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Ya. Tiada yang sempurna. Begitulah juga dengan mee hailam saya. Itu pun jika masih boleh dipanggil mee hailam. Mungkin juga boleh dipanggil mee hailam tidak cukup sifat. He he he. Saya sangat suka makan mee. Kalau dulu masa pregnant, segala apa yang saya makan termuntah balik kecuali mee. Tak kisahlah dimasak dengan cara apa sekalipun as long as ianya mee. Lagi lagi mee hailam. Sangat peberet sepanjang zaman. Saya dan mee bagaikan isi dan kuku. Bagaikan laila dan majnun. Bagaikan aur dan tebing. He he he. 

Kalau makan kat luar saya selalu order mee. Sampaikan encik asben tegur. Maklumlah, saya dan mee memang tak boleh berpisah. Walaupun selalu juga order mee dekat luar, tapi sangat susah untuk menikmati mee yang betul betul memuaskan hati. Jadinya saya suka masak mee sendiri di rumah. Walaupun tidak sempurna, walaupun kadang kadang tidak cukup sifat kerana tidak cukup bahan, ianya tetap memuaskan hati kerana di masak sendiri. Kepuasan yang tiada tandingan.

Siang tadi rasa nak makan mee. Bebudak pun request nak makan mee. Tengok tengok dalam esbok cari bahan mentah apa yang ada untuk masak mee. Jadilah inilah hasilnya. Mee hailam saya yang tidak cukup sifat dan tidak sempurna. 

Mee Hailam *katanya*

Walaupun tidak sempurna, masih tetap sempurna dimataku. Ha ha ha.

Oke bai. Thank You

1 comment:

makdara TERdiva said...

tak cukup sifat pun takpe..janji masakan yg dimasak sendiri lebih berkhasiat! :)