Cube Try Test Click...

Wednesday, June 29, 2011

Dah lama rasanya..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Oke..dah lama rasanya tak menghapdet belog. Oke, bukan rasa lagi, tapi memang dah agak lama tak menghapdet belog. Dah naik bersawang sana sini, berhabuk berdaki segala. Ambil masa jugak nak bersihkan balik..;)

Jujurnya tak ada apa sangat yang nak dibelogkan. Kehidupan macam biasa. SAHM macam saya rutin hariannya memang hari hari sama saja. Dari bangun pagi hingga lelap mata semula, setiap hari adalah perkara yang sama. Bosan? Hmm..susah nak jawab..@ mungkin sukar nak perjelaskan dengan perkataan. Bosan mungkin tidak. Tidak mungkin bosan dengan tanggungjawab. Letih mungkin iya. Sangat letih kadang kala. Stress kadang kala datang juga bertandang, bertandang dan singgah sekejap, walaupun sekejap tetap juga mengundang kacau bilau yang jika tidak ditangani..boleh jadi parah , lalu menjadi barah yang membengkak.

Ecewah, tengok..belum apa apa ayat dah berbunga. Bak kata Jambu. Muka legend..hati cute..tak gitu..;)

Satu dua minggu ini saya sibuk melayan permintaan bini popeye. Mahu makan itu dan ini. Mahu makan kuih raya, walaupun puasa belum datang menjenguk pun. Tetap juga saya layankan, dalam penat lelah lenguh kesah. Melihatkan senyum tawa puas sang anak. Hati juga berbunga ceria.

Projek XYZ bersama bini popeye.

Oke bai. Thank You

2 comments:

Mama Zara said...

Cornflakes madu ek? yummy!

Mommy 2 Imans said...

mama zara - yup..my kids sangat suka..dok mengunyah depan tv..emaknya pun sekali..hek hek