Cube Try Test Click...

Tuesday, March 29, 2011

Saya Dah Lama Tak...

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers...

Walaupun diberi masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu @ 28 hari sebulan @ 30 hari sebulan @ juga 31 hari sebulan..kadang2 kita masih tak punya waktu untuk melakukan perkara2 yang kita suka buat..perkara yang kita ingin buat. Saya juga, banyak sangat perkara2 yang dah lama saya tak buat..Tapi, saya ingin sekali buat..

Saya dah lama tak..

Pergi pantai. Rasa macam dah lama gila. Last pergi masa ikut hubby out station kat Melaka. Itupun tengok dari kejauhan pun. Tak merasa pun nak cecah2 air laut. Tak merasa pun nak 'kau lari aku mengejar' kat tepi pantai. Nak feeling2 berbuai buai kat pokok kelapa di tepian pantai Maldives lagi la tak merasa. Aduhai..

Saya dah lama tak..


Shopping2 sampai pitam macam katie holmes. Window shopping pun dah lama tak buat. Jengah2 ikut tingkap kaca pun sekali sekala aja. Skang pun tengah musim SALE. Semangat untuk menyoping
kan diri membuak buak. Cuma ongkosnya saja yang belum membuak buak. Kah Kah Kah


Saya dah lama tak...

Blogwalking. Ini pun dah jarang buat. Sekali sekala saja. Kadang2 saya memang sangat2 ketandusan masa nak berblogwalking. Hajat di hati memang nak blogwalking jugak dekat blog kawan2, cuma keadaan belum betul2 mengizinkan duduk diam diam berblogwalking dengan amannya. Masih mencari ruang untuk berblogwalking. Ya..Masih.


Saya dah lama tak...


Menabung. Saya suka menabung. Kalau dulu pantang nampak duit syiling, memang laju je letak dalam tabung. Dekat rumah, tabung ada macam macam rupa bentuk. Lagi2 semenjak bini popeye memang suka benda benda macam nie. Dia bukan suka menabung. Dia suka bentuk tabung. He he he


Dan Yang Paling Lama..Jeng Jeng Jeng..


Makan colek pelam jambu air. Yang ini saya rasa dah bertahun saya tak buat. Dulu masa zaman pakai kain biru muda, kalau tiba musim jambu ni, memang galak kami makan. Sambil bergossip sambil makan. Makan pulak dengan kicap+gula+cili padi+belacan. Pergh..memang heaven.

Oke bai. Thank You.

*Pics ehsan Mr Google*

Monday, March 28, 2011

Pelangi Senja..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

I love waktu senja very much. The scenery was simply beautiful. Petang semalam waktu petang yang hampir2 nak senja ternampak satu pemandangan yang sangat2 cantik.
First time tengok pelangi yang ada dua. Dua pelangi serentak. Sebelah sebelah.

Pelangi yang sebelah lagi tu nampak sedikit kabur but still boleh nampak.

Cantik kan?

Tiba2 mood jiwang karat pokok pelam datang. Teringat pulak lagu nie..

"Engkau tiba bagaikan pelangi..
Tak bercahaya namun kau berseri"

Harapnya saya seperti pelangi..tak bercahaya namun memberi keseriaan.

Oke DONE..

Bai. Than You

Aktiviti Buang Karan

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Yeay..dah boleh upload gambo nampaknya..excited terlebih..;)

Malam minggu lepas macam biasa buat lawatan rasmi atas permintaan bini popeye ke bazar malam. Tak bosan2 budak nie kesini..kalau boleh tiap2 malam nak ajak meround buang karan kat sini. Kalau sekali sekala boleh lah, tapi kalau dah tiap2 malam, itu nak mintak bekhen namanya. Hehe.


Comel kan..rasa macam nak beli jek satu. Takpe, esok lusa kalau pegi boleh beli satu. Hu Hu Hu


Adam teruja tengok ikan laga yang segan segan nak berlaga.

Bermain bubble2 yang berterbangan dengan hasil tangkapan di tangan.

Teknik pujukan mesti kena betul.Oke fine.

Mama tidak ketinggalan untuk tersenyum sumbing walaupun tangan macam nak tercabut menahankan si Adam dari nak turun memporak perandakan barang jualan orang. kah kah

Pendekar Mustar.

Oke bai. Thank You

TolOngg..TolOngg

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Saya tak boleh uplod gambar dekat entry..
Tak tahulah kenapa..kalau uplod..nanti dah publish pic tak keluar..:(
Mungkin saya terkacau coding tanpa disedari..
Tapi semua terjadi..(wah..ayat) selepas saya allow access clipboard..
Cam tuh la..ntah..saya pun tak ingatt..

Sapa2 boleh tolongg..??

Oke bai..thank you

Friday, March 25, 2011

Bila Encik Hubby Out Station..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Bila encik hubby out station..puan isteri pun lagi..memasak ikut sedap tekak sendiri..he he he
Hari ni encik hubby out station..jadi tak makan kat rumah..rasa macam nak masak simple saja..tiba2 rasa macam nak makan rendang..tengok esbok semua bahan ada..walaa...


Rendang ayam makan dengan nasi impit nona..memang walla..he he he..
Resepi rendang kat sini ..

Tiba2 rasa tak sabor nak raya..nak makan rendang cili padi ayam kampung emak yang mabeles itu..hik hik hik..

Oke bai..thank you

Monday, March 21, 2011

Jiwa Kacau

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Haih..baru melepasi fasa jiwa kacau..he he he..kalau macam nie hari hari..nampaknya boleh jadi sasau..
Saya sebenarnya cukup pening kalau bab 'nak masak apa hari ini .. yOo'..setiap hari masak sampai tak tahu nak masak apa lagi..he he..~alasan~..saya memang tabik dengan ibu2 rumahtangga yang memasak aneka juadah setiap hari..tapi..nak tak nak..saya tetap kena masak sebab encik hubby tak berapa suka makan luar..

Buka esbok..tutup balik..bukak lagik..tutup lagi..still takde idea nak masak apa..pening juga ya..

Jadiknya hari ni .. saya masak ini..

Gulai Daun Kesum Ayam @ Asam Pedas Ayam


Ada yang panggil asam pedas ayam..MIL saya panggil gulai daun kesum..daun kesum kena banyak sebab encik hubby suka makan daun kesum..he he..

Cara masak n bahan sama je macam saya masak asam pedas ikan..cuma saya tambahkan serai..

Boleh tahan sedap..haha..perasan..;)

Esok mungkin saya akan jiwa kacau lagi..

Oke bai..thank you..


Friday, March 18, 2011

Picky Eater..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Yeay ! Finally excel buat mee wantan soup nie..hu hu

Wantan soup utk si picky eater..


Oke..oke..i lied..hehe..wantan soup yang maha sedap nie selalunya tetiap jumaat FIL akan beli dekat UDA..ada satu kedai makan tu yang jual mee wantan soup nie..pernah la try buat..but tak sesedap yang makan dekat sini..kalau sesedap @ lebih sedap dari kedai nie..terpaksala saya bukak kedai pulak kan..kah kah kah..


Kakak n Adik 


Si kakak sangat memilih bab makan..n si adik makan apa saja..

But..keduanya sangat suka mee wantan soup..

Oke bai..thank you..

Thursday, March 17, 2011

Saya Ada Masalah Dengan Budak Ini !

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Oke..saya memang ada masalah dengan sorang budak ini..sapa lagi..kalau bukan bini popeye..
Alkisahnya..dua tiga hari sebelum school break hari tu dia sudah buat hal..hal nya dia mengamuk ngamuk pagi tak nak gie school..alasannya mengantuk la..penat la..nak duduk rumah la..maunya mamanya hangin + pening..sebelum nie memang takde masalah..dia happy je pergi school walaupun agak liat nak bangun pagi..tapi still oke lepas dah masuk keta ..



Yang selalu hantar dia ke school tu atuk dia..ingatkan mungkin dia nak babah dia hantarla that day..itu yang dia mengaruk..jadinya esok harinya babah dia hantarkan..tapi nya..aduhaii..babah dia hantar lagi la sandiwara semasa..mengaruk2 panggil babah..'nak babah..nak babah..'..sabo jer la kan..cumanya dia tak menangis the whole day kat school..kejap je kata teacher dia..lepas dah masuk class..dia oke..cuma pagi tu yang masalahnya..mama pun naik pelik la kan..sebab before this memang takde problem..cuma dua tiga hari before school break tu je..



Jadi esoknya..mama try hantar pergi school..mana tau dia oke kan..tapinya...tapinya...yoOoo..ini budak makin menjadi pulak bila mama hantar..siap melalak sambil pegang kaki tak nak lepas..package lengkap..memang drama queen la kamu bini popeye..dah alang2 jumpa cikgu kelas dia kan..so mama pun tanya apsal la budak nie dua tiga hari nie melalak je..teacher dia cakap last friday tu ada ambulance datang untuk buat demo..jadi ada cam berlakon lakon la sikit..ada yang kena pretend sakit semua la kan..jadinya si bini popeye nie melalak la..tak berhenti henti masa demo tu..after that day la si bini popeye nie menangis bila nak gie school kata teacher..alkisahnyaaa la kan..

Sekarang mama dah kembali pening..school break dah nak berakhir..macam mana kalau bini popeye melalak lagi pagi2..macam mana..? macam mana..?

Aduhaii..

Oke..bai..thank you..

Love This !

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Kamu kamu mesti ada music @ lagu peberet sepanjang zaman kan..? Saya ada satu..yeay..i love this..to da max..


Wednesday, March 16, 2011

Lelaki Ini..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers...

Lama betul rasanya tak berblogging..sekarang sudah kembali melepaskan rindu dendam..ecewahh..


Walaupun saya belum bermerong mahawangsa..tapi saya jatuh chenta dengan lagu ini..

Dan..

Lelaki ini tidak pernah mengecewakan..


Oke bai..thank you..

Wordless Wednesday


Add caption







Thursday, March 3, 2011

Dah start dah..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Di suatu malam yang nak kata dingin .. takdela dingin sangat .. di sebuah kedai di mana tempat si bapak selalu membeli belah tingkap..sambil menunggu si bapak..si emak dan dua anak berlegar legar di dalam kedai melepaskan keboringan..seketika perbualan si anak dara dengan si emak bermula..

Si emak : "Mia..adik ajak main kat sana tu"..sambil menuding ke arah anak teruna yang terkinja kinja di sofa kedai macam buat kat  rumah sendiri lagaknya..

Si anak : "Tak maulah mama..nanti rambut mia rosak"..sambil membetulkan rambut dan terpusing pusing depan cermin kedai orang..

Oke..fine

Bini popeye dah start cerewet ttg penampilan..sabo jer la..


Bai..Thank You

Wednesday, March 2, 2011

Wednesday Datang Lagi..

*credit kpd wall kawan2*

Jumpa ini dekat wall kawan2..macam ini pun ada kan..?

ngeh ngeh ngeh