Cube Try Test Click...

Friday, April 29, 2011

Jumaat Yang Indah

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

"Ya Allah Ya Tuhanku..
Di hari Jumaat yang indah ini..
Jauhkan lah aku dari segala penyakit hati"

Amin

Oke, sekarang mari main masak masak. Hari tu ada beli tempoyak kat pasor sebab nak masak ikan patin, tapinya takde ikan patin yang menarik hati. Jadinya masa pergi pasar tani hari tu beli pucuk ubi. Tekak rasa nak makan masak tempoyak pucuk ubi pulak. Tekak ni mengada ngada betul, macam macam nak makan. Hu hu hu. Mentang mentang ah musim doyan dah mai, semua nya nak kasi letak doyan. Layankan aja.

Lemak Tempoyak Pucuk Ubi
Bahan Bahannya :

Secekak pucuk ubi - hiris halus dan celur sehingga lembut. Toskan.
2 sudu makan tempoyak
Santan - saya guna santan kotak. Tak sampai setengah kotak pun guna.
5-6 helai daun kunyit - hiris halus
Setengah genggam bilis
Sedikit garam dan gula

Bahan Tumbuk :

9-10 cili padi - saya guna cili padi kampung. Pedas memang superb.
Kunyit sebesar ibu jari
Sesudu besar bilis - rendam air panas before tumbuk, cepat lumat.


Kaedah Penyediaan :

Masukkan bahan tumbuk dan air kedalam periuk. Masukkan pucuk ubi yang dicelur, tempoyak,  ikan bilis yang tidak ditumbuk dan hirisan daun kunyit. Biarkan sedikit mendidih. Kemudian masukkan santan, sedikit gula dan garam. Sesuaikan mengikut rasa. Siap. 


Simple saja resepi dan cara menyediakan. Kalau kat kampung, boleh letak macam2 daun sebab senang dapat. Cari saja keliling rumah. Lagi satu besh kalau daun daun nie masak budu. Wah..ada daun kaduk segala. Rindunya nak makan masakan mak semua. 

Kalau dulu before kahwin kat kampung, nak makan segala tok nenek mak yang masakkan. Masakan kampung yang superb. Bahan bahan mentah cari sekeliling rumah ja. Segala jenis macam daun, ulaman..betik muda, masak nangka..semua ada kat rumah. Labu, keladi..wah wah..terliur pulak. Asam keladi kesukaan ku. Lepas dah kahwin n dok jauh ngan mak, memang jarang dapat makan semua tu. 

Sekarang ni kalau nak makan masakan tu semua, bahan semua cari kat pasor. Masak pun kena sikit je sebab encik asben tak reti makan. Makan sorang sorang tak besh pulak. Balik kampung je la yang dapat makan tu semua, berkumpul ngan family. Makan pun tambah selera. Ni yang tak sabor nak balik kampung. ye yay..


Oke bai. Thank You

*Gedik*

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

*BudakGedik*

Thursday, April 28, 2011

Oh Kome..Doyan Dah Berbunga..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Tadi petang bawa bini popeye pergi betulkan fillings. Yang sebelah kanan tuh dok terbukak sebab dia mainkan dengan lidah. Jadinya gigi still sakit kalau makan. Tadi pun still fobia gak jumpa dentist. Nak tak nak memang kena buat gak, kalau tak dia asyik merengek jek manjang. Poning kepala mamanya. 

Bila kena paksa macam tu, demand dia lebih la. Nak makan durian la, makan itu la, makan inilah. Sebabnya dia tau cakap je nak apa mesti dapat. Tak nak pulak dia cakap nak bekhen. Muhahaha. Yang durian tu mama dia yang lebey sebenarnya. Bila dah ada durian tu, mulalah tekak mengada ngada plak nak makan serawa, padahal baru je makan MIL kasi. Doyan oh Doyan

Serawa Durian

Bahan :

Sebiji durian sederhana besar
2 biji telur- pukul sedikit
2 sudu besar tepung gandum - bancuh bersama sedikit air
2 senduk kecil gula - ikut rasa masing masing
2 helai daun pandan
1/2 kotak santan - takde santan fresh, santan kotak pun jadi..hehe
2 cawan air - ini pun ikut suka masing2, kalau suka cair, lebihkan air, kalau tak suka, kurangkan air.

Kaedah penyediaan :

Masukkan semua bahan bahan kedalam kuali. Masak sehingga kuah pekat. Makan ngan roti pon sodap.

Resepi MIL. Dah dua kali buat, tapi still tanya MIL gak. Heheh.

Monday, April 25, 2011

Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu Labunya

Assalamualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Macam biasa. Hari ni encik asben out station lagi. Jadi masa untuk memasak ikut sedap tekak pun bermula. Hari Sabtu lepas pergi pasar tani, geram pulak tengok labu segar bugar. Kalau masak lomak ikan masin pun sedap nie, bisik hatiku..*ecewah*. Encik asben tak makan labu. Jadi nak masak makanan yang dia tak makan hanyalah ketika dia tiada. Boleh sesuka hati masak ikut sedap tekak. Dah lama sangat tak makan lemak labu. Dolu dolu masa kat kampung mak selalu buat, letak lada hitam lebih lebih. Pergh..terbaek. Jadi hari nie nak masak ikut resepi mak, tapi yang pasti takde sama sedap dengan mak. Hampir hampir sedap mungkin ya. Kui kui kui.


Lemak Labu Ikan Masin


Bahan Bahan :

1/2 biji labu sederhana besar - potong dadu
Ikan masin - potong dadu
Satu cawan santan - saya guna santan kotak sebab takde santan fresh
Daun kunyit - racik racik

Bahan Tumbuk :

 4-5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Segenggam ikan bilis
Satu sudu kecil lada hitam

Cara penyediaan :

Masukkan kesemua bahan kecuali santan dan dua cawan air kedalam periuk. Letakkan di atas api dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan santan. Kacau sentiasa supaya tidak pecah minyak. Masukkan sedikit garam dan rasa. Biarkan seketika dan bolehla tutup api. Dah siap.

Makan dengan nasi panas , ulaman n sambal belacan. Pergh. Terangkatt. Hehehe

Oke bai. Thank You

Sunday, April 24, 2011

Dalam Hati Ada Taman

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

I heart Sunday so much. Hati berbunga bunga di hari Ahad yang indah. Hati tetap berbunga walaupun sakit kepala belum hilang sebab terhempap seterika. Ha..seterika pun boleh terhempap atas kepala. Teruk betul kamu nie. Alkisahnya semalam sesi menyusun atur perabot, nak jadi cerita seterika dok letak atas gobok. Gobok tu pulak nak alih dok tempat lain, tolak dok tolak terlupa yang seterika dok atas gobok. Tiba tiba gedebuk atas kepala. Berpinau kejap kepala, bertaburan bintang bintang berkelipan. Dah benjol kepala kau kan. Begitulah alkisahnya.

Disebabkan sakit kepala tahap boleh tahan jugak peningnya, jadi tak nak poning kepala hari ni masak simple saja. Dalca tulang saja pengubat sakit kepala. 

Dalca Tulang  


Resepinya sama je macam saya buat dalca ayam hari tu. Cuma hari ni saya tambah terung panjang sebijik. Pening pening kepala boleh jugak makan roti cicah dalca. 

Oke bai. Thank You

Friday, April 22, 2011

Tiada Kata..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Buah Hati Pengarang Jantung

Semalam bawa bini popeye  pergi dentist buat fillings. Dua batang gigi dah berlobang. Bila nak tidur je dia start la merengek sakit gigi walaupun dah berus gigi. Before this kalau dia meraung sakit gigi tu, kami letak sensitive colgate toothpaste tu kat gigi yang berlubang tu. Mujarab lah jugak untuk hilangkan sakit sementara. Pernah nak bawak dia pergi dentist before this, tapi semua tak jalan. Awal awal lagi dah mengamuk tak nak pergi. Meronta ronta siap. Drama queen betul.

Tapi semalam dah sampai kemuncak. Babah dia cakap mesti kena bawak jugak pergi dentist. Sampai bila nak biarkan. So semalam kami kelentong dia nak pergi ambil ubat babah, dia pun oke je.Suka hati lalalala. Sampai masa babah nak register dia dah start cam syak syak gitu. Tapi ok lagi lah. Masa tu pulak clinic tak ada orang. We all je yang ada. Jadi lepas register terus panggil masuk bilik. Haa..masa ni dia dah cuak. Babah dia dukung bawak masuk, bila masuk je dia dah start meraung. Tipah tertipuu rupanyaaa...Hehe. Kesian bini popeye, sampai habis process menangis. Bila dah siap, keluar dari bilik, barulah senyum sikit. 

Sekarang dah oke. Kalau dulu nak suruh berus gigi kena berpaksa. Sekarang dah sendiri dengan rela. Sikit sikit nak gosok gigi. Fobia nak pergi dentist katanya. He he he


Oke bai. Thank  You

Thursday, April 21, 2011

Tiada Yang Sempurna

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Ya. Tiada yang sempurna. Begitulah juga dengan mee hailam saya. Itu pun jika masih boleh dipanggil mee hailam. Mungkin juga boleh dipanggil mee hailam tidak cukup sifat. He he he. Saya sangat suka makan mee. Kalau dulu masa pregnant, segala apa yang saya makan termuntah balik kecuali mee. Tak kisahlah dimasak dengan cara apa sekalipun as long as ianya mee. Lagi lagi mee hailam. Sangat peberet sepanjang zaman. Saya dan mee bagaikan isi dan kuku. Bagaikan laila dan majnun. Bagaikan aur dan tebing. He he he. 

Kalau makan kat luar saya selalu order mee. Sampaikan encik asben tegur. Maklumlah, saya dan mee memang tak boleh berpisah. Walaupun selalu juga order mee dekat luar, tapi sangat susah untuk menikmati mee yang betul betul memuaskan hati. Jadinya saya suka masak mee sendiri di rumah. Walaupun tidak sempurna, walaupun kadang kadang tidak cukup sifat kerana tidak cukup bahan, ianya tetap memuaskan hati kerana di masak sendiri. Kepuasan yang tiada tandingan.

Siang tadi rasa nak makan mee. Bebudak pun request nak makan mee. Tengok tengok dalam esbok cari bahan mentah apa yang ada untuk masak mee. Jadilah inilah hasilnya. Mee hailam saya yang tidak cukup sifat dan tidak sempurna. 

Mee Hailam *katanya*

Walaupun tidak sempurna, masih tetap sempurna dimataku. Ha ha ha.

Oke bai. Thank You

Wednesday, April 20, 2011

Untuk si fussy eater.

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Anak anak saya memang fussy eater. Lagi lagi bini popeye. Sangat susah nak pancing dia kalau nak ajak makan. Tapi kalau jajan, memang laju aja. Dari kecil memang dia sangat memilih makan. Makan ikut sedap dia saja. Tapi alhamdulillah dia penggemar sayur. Jadi setiap hari kena ada menu sayuran. Same menu everyday pun dia on saja asalkan ada carrot n brokoli. Makin dia bertambah usia nie, alhamdulillah selera pun bertambah. Nasi pun dah laju makan. Kalau time kecik kecik dulu, nak suap sesudu nasi pun bercinta.

Berbeza dengan adik dia si bujang teruna ni. Adam makan apa saja. Susu berbotol botol setiap hari. 7 oz sekali minum. Tapi Adam tak makan nasi. Dia cuma makan ayam dan ikan. Sangat suka. Kadang kadang selera anak anak nie boleh jadi runsing dibuatnya. Tapi sebagai ibu yang prihatin *cewah* saya cuba melakukan yang terbaik untuk memenuhi selera makan anak anak yang pelbagai nie. 
Hari ni saya masak ini saja. Resepi sedia ada nya ada disini. Cuma saya tambah makaroni dan sawi. Berselera anak anak makan. Mama pun suka hati. He He He.
 
Makaroni sup ikan tenggiri


Oke bai. Thank You

Tuesday, April 19, 2011

Bila Ada 'M' Besar Atas Kepala

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Lama betul tak update belog. Walaupun hari hari dok online, kadang kadang tak kira masa jugak, tapi mood nak menghapdet belog agak kurang. Dua tiga jam dok mengetuk kebod mencari idea nak menceceh kat belog pun tak berhasil. Last last end up dok melanguk dekat mukabuku tengok status update memember. Memang tak ada kerja. 

Lagipun kebelakangan ni tak ada story nak dikongsi. Encik asben sibuk pergi outstation n kitaorang tak berapa keluar untuk riadah. Jujurnya kalau encik asben tak ada, saya memang macam patah kaki. Memang memerap dekat rumah saja dengan da kids.  Saya memang tak pernah keluar dengan budak berdua nie anak beranak. Sebab saya memang tak boleh handle sorang-sorang. Kalau kakak dia still boleh cakap lagi n dia faham, tapi kalau si adik, memang tak boleh nak control. Dia memang tak boleh duduk diam. Kalau setakat pergi makan sekejap, masih boleh la, but kalau nak bawak pergi window shopping ke hape. Memang jangan harap, kena tunggu si adik besar sikit.

Hari ni pun encik asben baru pergi out station lagi, after 3 days baru balik. Next week pun pergi lagi. Takde masa nak pergi jalan-jalan buang karan. Tapi ada bagusnya, bila tak keluar, duit pun tak berusik langsung. Ha ha ha. Ada baiknya disitu. Bersempena encik asben tak ada, penyakit malas pun datang. Paling malas adalah masak. He he he. Selalunya encik asben ada memang selalu masak yang heavy sikit. Jadi bila encik asben tak ada, masak pun ala kadar saja sebab saya memang makan pun asal boleh. Makan telor mata ngan kicap pun dah selera benor. Cuma kena masakkan sayur untuk bini popeye, itu tak boleh tinggal. 

Jadi inilah hasil nya bila penyakit malas datang. Sup tulang yang simple.


 
 Sup Tulang

Bahan2 :
Setengah kg tulang
3 biji kentang - belah empat
Sup bunjut tulang
Rempah empat sekawan
Sedikit rempah sup

Bahan tumbuk :
3 biji bawang merah
3 biji putih
1/2 inci halia

Cara caranya :
Rebus tulang sehingga empuk. Diperiuk yang lain tumiskan bahan tumbuk bersama rempah empat sekawan sehingga naik bau. Kemudian masukkan kedalam rebusan tulang tadi bersama sama dengan kentang, sup bunjut dan rempah sup. Rebus lagi sehingga kentang empuk. Perisakan dengan sedikit garam. Mengikut kesesuain masing masing. Siap.

Oke bai. Thank  You.

Saturday, April 16, 2011

Tak Tahan Betul Dengan Budak Berdua Nie..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Jumaat malam aja memang saya tercanguk la depan tv sebab menunggukan maharaja lawak. Walaupun terpaksa gaduh2 manja ngan bini popeye berebutkan remote. Gigih jugak nak tengok. Sebabnya nak tunggukan budak dua orang nie. Terbaek dari ladang persembahan diaorang nie. Sakit segala isi perut gelakkan si Jozan nie. Paling tak tahan part si Johan ngajukan  si AC Mizal. Hahaha..kelakau tak hengat.


Nabil pun minggu nie terbaek. Menjadi pulak lawak2 si Nabil dalam maharaja lawak nie. Kalau lam filem ke cerita ke..takde mana lawak sangat pun. Apapun..good luck la Nabil. 



Satu lagi yang bikin usus perut menggeletek malam tadi si bebudak Sepah. Boleh tahan lawak diaowang nie. Yang paling tak tahan asben si Siti Sarah, memang lawak giler. Walaupun tak buat lawak, tengok muka pun dah nak gelak. Terbaek la korang.
 
 
Malam tadi gelak berdua je dengan bini popeye. En asben ke Melaka. Bolehla jugak hibur2kan hati dengan lawak lawak diaorang nie. 
 
Oke bai. Thank You.


Wednesday, April 13, 2011

Kisah Ibu Dan Anak Yang Duka Nestapa.

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Hari ini nak cerita kisah benar. Kisah yang benar benar belaka. Tiada yang benar melainkan benar benar belaka. Bila sebut benar tu banyak banyak kali rasa pelik pulak. Oke dah. Abaikan.

Last weken macam biasalah, nama pun weken. Weken adalah hari liburan bersama keluarga terchenta. Ecewah. Jadi macam biasalah tempat kesukaan da kids ke toys R us. Tak beli menan pun tak apa, asalkan dapat buat lawatan rasmi.Macam YB melawat kawasan. Kepuasan melawat tu yang penting. Oh yeah.

Bebudak nie kalau kesitu buat macam rumah sendiri. Macam tempat itu babah mereka dan keluarga mereka yang punya. Main menan tinggal..main menan tinggal. Macam kat rumah sendiri. Macam orang tak penah kesitu, padahal tiap2 minggu nie melawat kawasan. Tapi, kalau melawat kawasan, kenalah buat macam rumah sendiri. Barulah mesra alam. Tak gitu ? Masa pegi hari Sabtu, bebudak ngan mak pak budak memang ramai. Termasuk la bebudak nie ngan mak pak dia. Bapaknya kalau kesitu, sama naik tengok menan dia. Toys collector la katakan. Katanya. Jadi, terpaksa la maknya yang dok melilau lilau mata nengokkan bebudak nie lari ke hulu ke hilir.

Bila dah puas melawat kawasan, tiba masa nak pilih menan pulak. Dalam sibuk2 carikan menan bini popeye, tup2 si bujang teruna nie hilang dari pandangan. Aduh..memang cuak gila. Gelabah usah nak kata la. Si Adam kalau dah lepas, memang macam lipas kudung. Memang tak sangka dia boleh hilang dari pandangan sebab seminit aja toleh tmpt lain. Budak ni pula mmg jenis tak boleh dipegang. Ada je akal dia.

Encik asben dah bising2 cari keliling. Mama mmg dah tak malu lagi dah terjerit jerit nama Adam dalam Toys R Us. Ada 2 3 parents yg dok tengok2 kan. Masa tu la segala perasaan bercampur baur..macam2 dalam kepala dok fikir. Perkara2 buruk semua plak tu yg fikir. Rasa lemah longlai. Baru lah tau macam mana perasaan parents yang hilang anak.

Tiba tiba teringat yang kalau kesitu, Adam memang suka beli eskem. Terus tuju kesitu. Ya Allah, leganya Tuhan aja yang tau bila nampak Adam kat tempat eskem tu. Dok terpanjat panjat nak amik eskem. Aduh. Memang lega betul rasanya. Serik betul nak lepaskan Adam. Nak bawak budak2 yang tengah aktif macam nie memang kena sentiasa alert. Peringatan untuk diri sendiri. Kalau bini popeye memang dah ajar dia. Kalau hilang @ sesat dalam mall, kalau dekat kaunter pertanyaan terus gie kaunter. Dah ajar dia pegi mana mana. Dah ajar dia kena buat apa. But kalau besar Adam nie, dia ikut sedap dia. Apa yang dia tau.. Hmm. Pengalaman betul.


Wajah wajah kesayangan hamba.


Oke bai. Thank You






Tuesday, April 12, 2011

Sepi Itu Indah..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Oke. Tajuk n3 tak ada kena mengena pun dengan isi kandungan n3. Sama sekali tiada kena mengena. Bak kata pepatah. Jauh panggang dari api. Saya tidak tahu kenapa orang sering berkata sepi itu indah. Tapi bagi saya, sepi itu tidak pernah indah. Dan tidak mungkin indah. Siapa tak setuju meh datang umah. Makan roti cicah dalca. He He He

Dalca Ayam dan Sayuran

Bahan Bahannya :

6-7 ketul ayam
2 biji kentang - potong enam
1 biji lobak merah sederhana besar - kerat 3 dan potong memanjang. Terpulang masing2 nak kerat cam mana. He he he
Bunga kobis
4-5 baby corn
2-3 batang kacang panjang
Sebiji tomato
Sedikit daun sup dan daun bawang
Kacang dal
Rempah dalca
Rempah empat sekawan

Bahan Tumbuk :

4-5  biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
Sedikit halia
*Tumbuk halus semuanya*

Cara Caranya :

Rebus kacang dal sehingga sedikit lembut. Kemudian masukkan kentang dan lobak yang dipotong. Di kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumiskan rempah empat sekawan, bahan tumbuk dan rempah dalca yang dibancuh bersama. Tumis sehingga naik minyak dan masukkan ke dalam periuk kacang dal tadi. Gaul rata. Kemudian masukkan ayam bersama sayur sayuran yang lain. Biarkan seketika sebelum dimasukkan santan dan sedikit air. Kemudian masukkan santan dan sedikit garam. Rasa. Sebelum diangkat bolehla dimasukkan tomato yang dibelah empat dan daun bawang serta daun sup yang dipotong pendek pendek. Jangan biar terlalu lama, sekejap saja kemudian tutup api. Oke.. dah siap.

Sekian saja masakan yang simple dari saya yang simple..selamat mencuba.

Oke bai. Thank You






Monday, April 11, 2011

Bagai Ketam Mengejar Anaknya Berjalan Betul..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Oke. Saya bukan nak cerita pasal ketam yang ajar anaknya berjalan betul. Bukan bukan bukan. Biarlah ketam terjun dengan labu labunya. Tapi entry kali ni adalah juga berkenaan dengan ketam.

Semalam encik asben pergi pasar beli ketam. Permintaan si bini popeye. Tak tahu nak buat apa dengan ketam nie. Masak lemak bini popeye tak makan. Jadi akhirnya goreng pedas yang tak berapa pedas ajalah sebab bini popeye nak cicah dengan roti.

 
Ketam Sambal

Saya masak ketam sambal nie simple saja. Tak banyak bahan pun. Bahan2 yang asas saja. Simple dan cepat dan yang penting sedap *perasan* ha ha ha. Sesuai untuk orang2 yang nak cepat aje kejenya macam saya yOoo.

Bahan Bahan :

Ketam semestinya.
Saya masak 5 ekor ketam yang sederhana besar.
Saya belah dua, garam kunyitkan dan goreng.

Sebiji telur

Bahan Kisar :

Satu mangkuk kecil lada kering
5-6 biji bawang merah
4-5 biji bawang putih
Sedikit halia

Cara caranya :

Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan sedikit gula dan sedikit garam. Saya masukkan sedikit air sebab saya nak lebih kuah. Buat cicah cicah. Mabeless. Then masukkan ketam yang dah digoreng. Kaup balik kaup balik kan. Kemudian buatkan bulatan di tengah, masukkan sebiji telur. Kaup balikkan supaya sebati bersama telur dan sambal.  Kemudian rasa. Kalau dah oke. Tutup api dan angkat.

Selamat mencuba.

Oke bai. Thank you



Wednesday, April 6, 2011

Senyum Malique ft Najwa with lyrics

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..


Besh gile lagu nie oke.
First dengar dah rasa terus melekat.
En asben dok putar balik putar balik dalam kereta.
Sampaikan bini popeye dah boleh hafal.

Oke bai. Thank You

Wordless Wednesday

*rambutbinipopeyebasahlencunmainairpancut2*

Tuesday, April 5, 2011

Saya Suka Ayam. Rasa Macam Nak Buat Reban Belakang Rumah..;)

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Hari ini masak ayam. Harga ayam sekarang tidak menentu. Kejap turun, kejap naik. Kejap naik, kejap tak turun2.. ;)


Ayam Sambal


Bahan :

Ayam - saya guna sebelah saja
Garam kunyitkan dan goreng

Bahan kisar :

Semangkuk kecil lada kering
5-4 biji bawang merah
3-4 biji bawang putih
Sedikit halia
*Kisar sehingga halus @ tumbuk saja..;)*

Caranya :

Tumis bahan kisar hingga garing sedikit. Tambah sedikit belacan sebagai penambah perasa. Kalau tak letak pun takpe..he he
Letak sedikit garam dan sedikit gula. Mengikut kesesuaian rasa masing2.
Selepas itu masukkan ayam goreng dan bawang besar yang dipotong bulat.
Kaup balik..kaup balik..bagi sambal rata.
Kemudian siap..yeay..

Selamat mencuba.

Oke bai. Thank You



Monday, April 4, 2011

Sup Ayam Yang Simple. Untuk Anak Anak Yang Simple. Walaupun Simple Jika Dimasak Dengan Hati Yang Ikhlas Dan Penuh Kasih Sayang Akan Menjadi Mabeles.

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Ha..ambik ko. Tajuk entry dah macam isi kandungan entry. Jadinya buat apa lagi nak tulis entry panjang panjang. Kan kan?

Hari ni da kids request sup. Jadi saya masak sup ayam saja. Sup ayam yang simple. Yang simple dan berkhasiat. Seperti tajuk entry di atas yang sudah terang lagi bersuluh, tapi tetap nak suluh jugak, walaupun masak simple, tapi jika dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang..pasti mabeless..

Sup Ayam

Resepinya macam kat sini saja..

Selamat mencuba. Memasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang, nescaya yang simple akan menjadi mabeles.
Ce cuba ce cuba.
Kan dah terjangkit Usop Wheelchair.
Ah sudah..

Oke bai. Thank you



Masih Meremang Bulu Roma Ku..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Wah..lama gila tak berblogging. Sesungguhnya saya bukanlah seorang blogger tegar akhir2 ini. Sejak akhir2 ini cuma tegar membaca blog pemblogger lain. Tersangatlah tegarnya, sampai tak ada masa nak update belog sendiri. Heh.

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan April. Kejap aja masa berlalu. Kejap nanti pejam celik pejam celik, sudah hujung minggu. Macam mana hujung minggu kamu kamu? Hujung minggu saya biasa2 saja minggu ni. Lebih2 lagi emak saudara encik asben meninggal dunia sabtu lepas. Masih meremang bulu roma saya melihat proses memandikan jenazah. Terasa diri betul2 kerdil di sisi Allah. Keinsafan senyap2 menyusup dalam hati. Jenazah  selamat dikebumikan tengahari semalam. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin.

*********************

Wah..wah wah..ini nak cerita pasal ABP pulak. Walaupun terpaksa bertarung habis habisan bersama bini popeye nak dapatkan remote..heh heh heh..ku gagahi jua kerana si Zizan. Hu Ha Hu Ha. Memang sangat dinantikan zizan jadi pengacara sebab tau akan terkeluar segala isi perut dek kerana lawak2 zizan yang selamba. Apatah lagi bersama mummy2 hot berdua tu. Memang mantoopp!!!

Sedikit kuciwa juga sebab cik pasrah kita menang dan bukannya darling media yang sangat2 bak princess itu menang kategori drama. Tapi dah rezeki dia kan. Terima sajalah dengan hati lapang. Ko nak kuciwa bagai ko dapat apa. Hati kecik berbisik. Hu Ha Hu Ha. Tak dapek apo pun kan. Oke. Senyap sudah.

Tapi. Ya..Tapi yang paling bikin buat bulu romaku tidak berhenti meremang ialah oleh si jejaka malaya ini. Aduhaii..


Jejaka Idaman Malaya | Image Google


Lelaki ini memang tidak pernah menghampakan. Memang terbaekkk dari ladang koko pakcik Nong betul la..meremang2 bulu roma dengau dia nyanyi. Lagi2 dengan lagu sedetik lebih tu. Memang kena betul la.

Tapi. Ya..ada tapi lagi. Sekarang saya sudah terlebey minat pada orang lain pula. Oh My Oh My..Lelaki ini pun bisa menggeletek segala isi perut untuk bergelak ketawa. Ce cite Ce Cita sapa dia..

Jeng Jeng Jeng..

Usop Wilcha | Image Google


Kita bako aja..bako aja..he he he

Semenjak tengok dia dalam Kak Limah tu, terus terminat. Inipun terbaek dari Ladang Koko Encik Nong. Ha Ha Ha. Lagi2 malam tadi enterprem dengan si Johan. Meletup Mantopp BaboKebabomm. Sampai sakit usus ketawa..

Oke bai. Thank You