Cube Try Test Click...

Saturday, May 21, 2011

Projek Malam Minggu..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Malam nie tak keluar kemana-mana.
Melayankan si bini popeye yang asyik dok mintak nak buat muffin la..cupcakes la..


Cupcakes kukus moist. Ecewah. 
Idea bini popeye la ni. Selalu mamanya buat letak lam tupperware kukus. Hari ni dia nak letak dalam cup comei comei katanya. 


Nampak sedap kan ? Bukan nampak je..tapi memang sedap. Moist aja. Cair dimulut..bukan ditangan..Hahaha
Angkat bakul nampak...
Oke bai. Thank You

Thursday, May 19, 2011

Arghh...Tensenn..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Argghhh...tensen betul tengok citer seberang nie.

Satu cerita tak habis2 malangnya..

Lagi satu ending dah macam ntah apa apa entah..

Arghhhh...tensennnn..

Untuk menghilangkan ketensenan..marilah memasak...yeayy..

Ayam Masak Merah..


Nah..ayam masak merah pengubat duka..hohoho

Oke bai. Thank You

Thursday, May 12, 2011

Tiada Title Yang Bisa Ku Beri..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

 Malam yang sedikit sepi..

Babah tiada..

Adam sudah kelaut..

Bini Popeye larut dengan kartun kartunnya...

Mama buhsan..jadi inilah hasilnya...





Oke bai. Thank You.

Wednesday, May 11, 2011

Blank + Blur = Jiwer Kacau

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Saya sekarang tengah jiwa kacau. Aduhai, sudah hampir pukul 12 masih tak tahu nak masak apa kebendanya hari ni. Jadi harusnya untuk mencari ketenangan jiwa, layanlah sekejap ulangan Cinta Melody .. alasan sungguh .. Walaupun lepas habis cerita  cinta penuh drama konflik Kejora dan Bintang yang membuatkan jiwa bertambah kacau dulu tu, dah bertekad tak nak terjebak lagi nengok sinetron, tetap juga gagahkan diri tengok lagi dan lagi dan lagi. Pastu dok sakitkan hati sendiri dan lagi dan lagi dan lagi...'____________'

|image google|

Sinetron nie nampak menarik. Tapi, macam biasalah kan, kalau takder konflik melarat menambahkan kekacauan jiwa bukan sinetron seberang lah namanya. First episod pun dah ada konflik + watak jahat yang melampau. Arghhhhhh..makin jiwa kacau dibuatnya.

|images google|

Itu belum Safa dan Marwah. Wah, yang ini memang lagi bikin hati panas. Kebetulan kebetulan yang melampau banyak. Si jahat yang tak pernah insaf. Lepas satu satu konflik tak berkesudahan. Macam malang betul hidup diowang nak sampai ke hidup bahagia aman damai dunia akhirat. Amin. 

Walau dalam sakit2 hati tu, tetap jugak nak tengok kan..Kalau satu episod tak tengok. Panas punggung je gayanya. Sanggup dok carik kat youtube. Itulah penangannya. Bak kata orang. Benci tapi rindu. Ecewah.

Oke dah melalut. Baik gie dapo godek apa yang patut. Kejap lagi bini popeye balik nak makan.

Oke bai. Thank You


Wordless Wednesday


*pantangtibahariRabulajujenakpostww*dasarmalasmenaipbetul*

Monday, May 9, 2011

My Sunday

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

I love Sunday. Macam biasa. Memanjang love Sunday. Sunday means family outing + food food food + more peluh peluhan. Hu hu hu. This Sunday kitaorang tak pergi merewang kat Mall walaupun hajat di hati memang nak merewang ke sana sebab nak menyejukkan badan di musim panas ini. Panasnya memang sampai berpeluh2 sekarang ni. Panas yang macam nie pun boleh buat gelisah tak tentu arah, belum lagi panas api neraka. Subhanallah.



Da kids ajak pergi zoo. Okeyh. Zoo ek? Dah macam takde tempat lain korang nak pergi panas2 gelegak nie. Nak tak nak kena pergi jugak sebab last hari tu dah janji dengan bini popeye. But before pergi zoo apa kata sejukkan badan di Tutti Frutti.. Yeay yeay..


Hantu eskem + benda yang sejuk2 no 1. Walaupun gigi still sengal2 akibat buat fillings hari tu masih ada, tetap gagahkan jugak makan benda2 sejuk nie segala. Bising kang muncung sedepa. Kang sakit gigi meraung tak tentu hala. Itulah bini popeye.


Ini Adam punya. Dia pencinta buahan yang setia. Penuh semangkuk ngan fruits. Pastu mama gak yang dok habiskan. Bab mengecahkan segala serah kat Adam. Eksyen plak tuh nak suap sendiri.


Okey. Sesi tawar menawar sedang berlaku. Si kakak dok mengecek si adik nak tukau suka sama suka. Si adik buat dek aja, si kakak tak putus asa. Tapi bo layan aja dek si adik.


Baju kalau tak kotor time makan bukan Adam lah namanya ya. Mama plak tak bawak baju lebey punye. Pastu berjalan la kamu ngan baju comot segala.


Mood - Happy dapat mengotorkan baju.

Lepas siap2 kat tutti frutti kitaorang gerak gie Zoo. Kali nie demand nak pergi Zoo Danga Bay pulak. Oke layankan. At least Zoo Danga Bay tak berapa panas menyengat sangat. Nanti kalau rajin saya hapdet. Tengah tak ada jiwa nak menguplod gambau disebabkan kepanasan yang sesangat. Heh.

To be continued..*katanya*


Oke bai. Thank You

Wednesday, May 4, 2011

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang...Part 1

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers.

Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan renyai renyai nak masuk tengahari. Siap ada part part yang tak boleh blah tu. Hu hu. Cuti hari pekerja hari tu kami pergi Desaru. Tempat kesukaan da kids n mama. Sebelum bertolak tu memang dah nampak mendungnya, muram aja suasana. Gagahkan juga pergi, doa2 sampai sana tak hujan lebat. Banyak juga kereta2 yang turun termasuk Singaporean. Sampai sana hujan turun renyai renyai bahasa. Takdelah lebat sangat, setakat nak redah mandi gagahkan diri tu, bolehla jugak.


Ini dekat jeti sebelum sampai Desaru, apa ntah namanya tempat nie, macam kawasan kampung macam tu. Tapi memang cantik, angin sepoi sepoi bahasa. Kitaorang jalan sampai hujung jeti tu. Besh.


Bini popeye memang pantang suruh posing. Lekaih aja dia. Cuba lihat pipi bini popeye yang senget sebelah. Gara gara gigi geraham nak tumbuh. Hu hu hu.


Gambar bajet artis tempatan kena ada satu. DONE. 


Yang ini memang bajet memanjang. *Diam*

Part 1 ni edisi syok sendiri dulu. Hahaha. InsyaAllah la ada part 2 3 4. Sekarang kemalasan menguplod adalah di tahap melampau. 


Oke bai. Thank You

Wordless Wednesday