Cube Try Test Click...

Thursday, June 30, 2011

Rumput Di Seberang Sana Nampak Sangat Hijau Menyerlah Terserlah Berbanding Rumput Di Rumah Kita...

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Nah..tajuk entry dah macam isi kandungan entry. Heh. Pernah tak kamu kamu rasa macam nie? rasa macam kehidupan orang lain lebih baik dari kehidupan kamu..? Walaupun kamu punya isteri cantik @ suami hensem..tapi kamu tetap merasakan orang lain punya lebih dari kamu..walaupun kamu sudah punye kereta baikk punyerr..kamu masih merasakan orang lain punya lebih better..walaupun kamu sudah punyai rumah besar yang boleh muat dok 3 4 family..tapi kamu tetap rasa rumah cantik ala castle zaman dulu sebelah rumah kamu lebih lagi...kamu selalu nampak betapa hijau menyerlahnya rumput carpet dirumah orang sebelah sedangkan rumah kamu sendiri tidak kurang menyerlah hijau nya...the grass is always greener on the other side katanya orang putih..kamu selalu teringin ke seberang sana..ke seberang yang lebih nampak hijaunya..

Pernah kan rasa begini..? Oke tipu kalau tak pernah. Kita sering merasakan kehidupan orang lain lebih baik..sedangkan kita lupa yang kita juga punya kehidupan yang baik. Cuma kadang kala kita lebih suka melihat kelebihan orang lain sehingga kita tidak nampak dengan kelebihan yang kita ada..sehingga kadang2 kita hampir kehilangan apa yang kita ada..

The grass is not always greener on the other side. Itu yang saya rasa. 


Saya rasa saya perlu berhenti untuk melihat betapa baiknya kehidupan orang lain dan membanding banding kan dengan kehidupan saya kerana saya rasa the grass on my side sudah lebih dari green. Sudah green kuasa tiga.


Eh eh..ada pisang masak lah..nie kalau amik buat cekodok pisang pun cara gak nie.

Oke bai. Thank You

Wednesday, June 29, 2011

Dah lama rasanya..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Oke..dah lama rasanya tak menghapdet belog. Oke, bukan rasa lagi, tapi memang dah agak lama tak menghapdet belog. Dah naik bersawang sana sini, berhabuk berdaki segala. Ambil masa jugak nak bersihkan balik..;)

Jujurnya tak ada apa sangat yang nak dibelogkan. Kehidupan macam biasa. SAHM macam saya rutin hariannya memang hari hari sama saja. Dari bangun pagi hingga lelap mata semula, setiap hari adalah perkara yang sama. Bosan? Hmm..susah nak jawab..@ mungkin sukar nak perjelaskan dengan perkataan. Bosan mungkin tidak. Tidak mungkin bosan dengan tanggungjawab. Letih mungkin iya. Sangat letih kadang kala. Stress kadang kala datang juga bertandang, bertandang dan singgah sekejap, walaupun sekejap tetap juga mengundang kacau bilau yang jika tidak ditangani..boleh jadi parah , lalu menjadi barah yang membengkak.

Ecewah, tengok..belum apa apa ayat dah berbunga. Bak kata Jambu. Muka legend..hati cute..tak gitu..;)

Satu dua minggu ini saya sibuk melayan permintaan bini popeye. Mahu makan itu dan ini. Mahu makan kuih raya, walaupun puasa belum datang menjenguk pun. Tetap juga saya layankan, dalam penat lelah lenguh kesah. Melihatkan senyum tawa puas sang anak. Hati juga berbunga ceria.

Projek XYZ bersama bini popeye.

Oke bai. Thank You