Cube Try Test Click...

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday

Pantas Je Masa Berlalu..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa. Sekejap je masa berlalu kan..esok lusa tup tup dah nak raya..Me macam biasalah..setiap hari jiwa kacau nak masak juadah apa berbuka puasa. Semalam ingatkan nak pergi bazar ramadhan cuci mata, tapi tak sempat sebab belum siap masak. Hu hu hu. Kurang sikit pembaziran.

Semalam pun masak simple saja. Resepi campak campak je orang kata. Tapi yang penting ohsem. Hah..Perasan. Bila lagi kan..hak hak hak.

Juadah berbuka hari kedua puasa..

Udang Black Pepper..katanya..

Tak pernah lagi masak udang black pepper ni. Selalunya just ayam n daging. Semalam try buat, not bad jugak lah. Cuba cubalah mencuba. Heh.

Cencaru sumbat sambal

Masa kat kampung mak selalu masak ikan cencaru sumbat sambal. Teringin pulak..tengok tengok ada pulak ikan cencaru..apa lagi..jalankan misi..inilah hasilnya..;P..

Hari ketiga ni tak tau nak masak apa..masih terfikir fikir..mintak mintak tidak end up membeli di bazar ramadhan. hu hu hu..

Oke bai. Thank You

Tuesday, August 2, 2011

Kembali Lagi..

Assalammualaikum wbt n salam sejahtera my dear readers..

Lama betul rasa tak update belog. Kali nie memang betul betul lama sampai psw blogspot pun terlupa. Hak hak hak. Kali ini aku kembali..ecewah..semoga kali ini jiwanya lebih untuk berblogging.

Sempena kedatangan bulan baik ni, saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada readers kalau masih ada readers yang masih menjengah belog yang tak semengah ni. he he he. Semoga kita semua mendapat keberkatan.

Bila tiba bulan puasa selalu jiwa kacau tak tau nak masak juadah apa untuk berbuka. Padahal sama aja macam hari hari biasa. Ada yang cakap tak perlu runsing sebab banyak bazar ramadhan..cuma perlu tunjuk saja. Secara peribadinya saya lebih selesa memasak sendiri juadah berbuka sebab boleh dibuat sahur sekali. Kalau beli bazar, belum tentu boleh simpan sehingga ke waktu sahur. Tapi lain padang lain belalang. Lain orang..lain ragamnya..:) . Cuma yang perlu diingatkan, jangan pula kita terlebih membazir di bulan ramadhan, ingatan untuk diri sendiri juga. 

First day berbuka semalam, masak simple saja. Tapi tetap pergi bazar ramadhan sebab nak cuci mata first day puasa. he he he. Tak beli apa pun, cuma my other half beli kuih saja..nampak sedap, tapi bila makan..so so saja..;)

Juadah berbuka hari pertama puasa...

Ayam masak merah cik nona. Hak hak hak

Dalca ayam pemberian MIL. Menyengat..

Dapat yang ini, my other half tak pandang dah masakan lain. Uhuk uhuk.

Sekian sahaja juadah berbuka hari pertama. Sehingga berjumpa lagi di hari kedua. Ha ha ha. Selamat berpuasa semua.

Oke bai. Thank You.